Rancang Harta,
Waris Bahagia

Tahukah anda, lebih RM90 bilion harta pusaka di Malaysia masih beku dan tidak dituntut? Perancangan harta memastikan waris tidak terbeban dengan urusan pusaka yang rumit dan berpanjangan. Ia membantu pembahagian berjalan lancar, mengelakkan pertikaian dan memastikan legasi anda terus memberi manfaat. Jangan biarkan harta menjadi punca perbalahan. Rancang harta hari ini untuk ketenangan dan kesejahteraan keluarga anda.

Perkhidmatan Professional Kami

Tuntutan Harta Pusaka

Perkhidmatan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil.

Pengurusan pusaka bukanlah suatu yang mudah, bahkan memerlukan kemahiran dan kepakaran untuk memastikan perjalanan pengurusan pusaka selari dengan undang-undang dan juga syariat. 

Hibah Harta​​

Penyediaan dokumen hibah harta serendah RM2,100.​

Hibah membolehkan pemilik harta mengagihkan aset mengikut kehendak mereka sendiri. 

Harta yang telah dihibahkan akan dikecualikan daripada pembahagian mengikut faraid.

Wasiat

Penyediaan dokumen wasiat bermula daripada RM400.

1) Wasiat pembahagian harta: Pemberian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris.

2) Wasiat pelantikan wasi: Wasiat melantik pentadbir bagi menguruskan harta pusaka.

Khairat Pusaka

Pakej pengurusan pusaka dengan caruman bermula daripada RM 65/sebulan.

Ramai yang tidak sedar bahawa harta pusaka yang ditinggalkan akan terbeku dan mengambil masa yang lama untuk diwarisi.

Dengan adanya tabung khairat pusaka, harta anda pasti akan diuruskan dengan kos yang sangat menjimatkan dan PERCUMA kepada waris.

Peluang Kerjaya

Memberikan peluang kepada anda menjana pendapatan sambil menambah saham akhirat.

Kerjaya sebagai daie pewarisan memberi peluang kepada anda untuk membantu masyarakat membuat perancangan harta supaya dapat diwarisi dengan baik dan mengelakkan harta beku terus meningkat.

Khidmat Nasihat​

Memberikan khidmat nasihat tentang pewarisan yang patuh syariah dan selari dengan undang-undang.​

Kami adalah daie profesional memberikan khidmat nasihat yang tepat bagi memastikan hasrat pelanggan terlaksana. 

Pencapaian Wasiyyah Shoppe Berhad

Tahun Beroperasi
0
Pengesahan Hibah
0 +
Kes Pusaka
0 +
Pelanggan
0 k
Selama 20 tahun berdedikasi dalam perkhidmatan perancangan harta Islam, Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai sebuah syarikat amanah patuh syariah yang terbesar di Malaysia telah membuktikan komitmennya sebagai peneraju industri pewarisan.

Pencapaian setakat ini sudah lebih 400 pengesahan hibah dengan 100% kadar kejayaan, 500 kes pusaka berjaya diselesaikan yang bernilai RM750 juta dan lebih 90,000 pelanggan yang mempercayai kami. Kami terus menjadi pilihan utama umat Islam dalam memastikan harta diwariskan selari dengan undang-undang dan patuh syariah.

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya?

Syafinas Roslan ialah seorang Perunding Pewarisan Harta Islam dan Penceramah Bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad dengan lebih 7 tahun pengalaman dalam membantu individu dan keluarga merancang pewarisan harta mengikut keperluan dan hasrat mereka.

Beliau percaya bahawa perancangan harta bukan sekadar soal pembahagian harta tetapi tentang memberi ketenangan dan memastikan legasi yang anda bina terus memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

✔ Pastikan harta anda diwariskan dengan mudah dan teratur, tanpa sebarang pertikaian

✔ Lindungi waris anda daripada tekanan emosi akibat pertikaian dan salah faham dalam pembahagian harta

✔ Laksanakan perancangan pewarisan harta dengan niat yang betul dan patuh hukum syarak

Jangan biarkan ketidakpastian mengganggu masa depan waris anda. Mulakan langkah perancangan pewarisan harta hari ini untuk memberi ketenangan dan kebaikan yang berpanjangan.

Merancang Harta Kini Mudah !

0
Out of 5

Pengalaman Mereka, Inspirasi Untuk Anda.

Setiap testimoni adalah bukti nyata komitmen saya terhadap kepercayaan dan kepuasan pelanggan. Dengan dedikasi dan layanan terbaik, maklum balas anda menjadi dorongan untuk saya terus meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

There are no reviews yet. Be the first one to write one.

Scroll to Top
Perlukan Solusi?